FAITH, HOPE AND LOVE
Welcome ! Thanks for your visit. Feel free to leave a comment :)

Wednesday, 26 March 2014

Good night, MH370.

MH370 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri berakhir penerbangannya di koridor selatan Lautan Hindi beberapa hari yang lalu begitu menggemparkan.  Masakan tidak, ribuan ahli keluarga dan sanak saudara yang menunggu kepulangan para penumpang dan anak kapal, belum lagi ditambah dengan harapan serta doa sekalian rakyat di seluruh negara, termasuklah rakyat-rakyat di negara lain.  Misteri kehilangan pesawat ini terjawab akhirnya dengan beberapa penemuan objek tertentu di lautan yang tidak bertepian ini. Walau apa pun, ketentuan Tuhan harus kita terima.

Kehilangan pesawat ini banyak mengajar kita tentang bermacam perkara.  Jangan kita nafikan bahawa belum pernah melihat post-post2, status2 tertentu di laman sesawang yang mengutuk2 negara lain.  Bohong. Sampaikan pernah saya terbaca ada segelintir individu yang mengajak supaya tidak menjamu selera di McD, KFC dan bagai kerana restoran2 tersebut kepunyaan orang yahudi.  Ada yg mencemuh2 orang barat kerana budaya kuningnya, negara jiran sebagai tempat maksiat dan sarang pelacuran.  Namun, apa yang kita lihat pada beberapa hari sepanjang tempoh SAR MH370, ramai pihak menghulur bantuan dek kerana negara kita tidak mempunyai peralatan canggih tertentu untuk mengesan pesawat berkenaan.  Pihak dari negara manakah itu?  Ada diantaranya pihak2 yang pernah kita hina, kita cemuh.

Apa yang songsang itu, yang tak elok bagai, baik kita jadikan sempadan.  Tapi apa yang baik, yang molek dan cantik itu pantas kita jadikan tauladan dan ingatan sepanjang zaman.  Semoga pengajaran kita peroleh dan tidak mengulanginya di hari muka.  Peristiwa sebegini tidak dapat kita elak, kuasa Tuhan tidak dapat kita tanding.  Namun, usaha boleh kita pelbagaikan. Misalnya, wujudknan peralatan canggih setaraf dengan negara yang pernah membantu kita, usahakan tenaga kerja pakar dan mahir pelbagai bidang.  Banyakkkkkk lagiiii.

Apa pun muhasabah diri. Good night, MH370.

Thursday, 17 October 2013

Sekadar Omelan Kosong

Untuk berjaya penampilan perlu sempurna barulah diikuti yang lain.   Bukan sekadar kemas dan bersih, tubuh perlu cantik, dada bidang, berotot pejal, atau kurus melidi bercelana sendat umpama kaki belalang dengan wajah cengkung umpama jerangkung.  Malah perlu peka dengan aliran masa kini agar dihormati, diterima di dalam Facebook, dan bidang kerjaya memerlukan penampilan glamor.  Adakah anda juga berfikiran sebegitu?  Lucunya manusia sebegini, selalunya akan lekas kaget atau hilang keyakinan diri tatkala ada terkurang pada diri.  Bersosial atau bersembang di majlis misalnya, jangan haraplah mahu menegur sapa mesra tetamu yang lain, masing-masing sibuk melayan resah, segan dan gugup dengan memandang skrin BB, Tab, (you name it).  Biarlah, mungkin itu cara mereka.  Siapa saya untuk menilai.

Sentuh pula pasal lelaki.  Sekarang mereka sibuk bina badan, main itu main ini.  Pmpuan pula tak kurang hebatnya, berpusu-pusu ke gim atau mana-mana pusat kesihatan.  Khalayak rasa inilah ruang untuk mereka mengeluarkan peluh, endorfin dan bersosial dengan rakan sealiran.  Ia juga dapat memberi imej yang sihat kepada merekan yang 'mahu dilihat' ke pusat-pusat sebegini agar tidak ketinggalan daripada aliran semasa. Justeru, melambak-lambak kasut sukan di pasaran, beratus-ratus harga namun masih juga dibeli meski poket hampir kering kemudian. Semuanya angkara suka berlumba-lumba, badan siapa paling kekar, gaya siapa paling 'in'.  Mungkin inilah lelaki zaman sekarang.  Di fikiran dan  kehendaknya juga mahu hebat bak ayam jantan yang berbulu lebat merah menyala.  Jalan mendabik dada menunjukkannya kepada si dara.  Itupun kalau dara, kalau bini orang macam mana?  Ada yang lakukan demi kesihatan.  Biar apa pun caranya, jangan sampai memudaratkan diri, keterlalun hingga besar seperti roti atau melengkung seperti jerangkung.  Berpada-padalah kerana sederhana itulah jalan selamat untuk kita.

Wednesday, 31 October 2012

Reflection Of The Day

Being ignored is seriously the worst feeling ever! But dear heart, although you never want things to end, but sometimes that's the way it has to be.

Sunday, 28 October 2012

Mimpi Dipinang Orang

Muahahaha.. Entry kali nie tersangat lah lucu apabila penulis bermimpi di siang hari, tidur tak sedar dunia dek terlalu tension menghafal PJM 3102 sebab esok nak exam, first paper lagi tue. Tak tau camne bleh tidur bermimpi benda camnie, pelik yang teramat.. Dipendekkan cerita, penulis tidur petang siang tadi, bermimpi berdating dengan sorang mamat yang tak dikenali kat KFC tau (maybe sebab penulis terpikir sangat pasal tak jadi nak pegi KFC hari nie).  Tapi kat dalam mimpi nie, penulis baru mula bercinta dengan mamat nie, (nama tak tau, umur tak pasti, dlm dunia realiti pun penulis tak pernah jumpa orang nie).  Syok makan ayam, penulis dapat sms dari kakak kat rumah, cakap yang ada org datang rumah bincang pasal kawen.  Kakak suruh balik, dan disebabkan terlalu nervous tambah tak tau apa2, penulis pun balik dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan si dia tanpa berkata apa-apa. 

Tiba di rumah, penulis pun diberitahu tentang perkahwinan dengan mamat yang tadi tue. Dunia bagai terhenti, sebab penulis baru berumur 20 tahun mana nak kawen kan.. Sangat-sangat marah sebab si dia tak bagitau pun tentang kedatangan wakil dari pihaknya ke rumah. Dahlah mak bapak penulis bagai excited gilerr dengan idea kawen nie. Pelik sbb kat dunia sebenar mak bapak penulis sangat menentang perkahwinan pada usia muda, lebih-lebih lagi masih study serupa macam penulis nie. Jangankan berkahwin, bercinta pun belum tentu orang kasi. Haha. Okay, sambung citerrr.. Diorang bebenor merancang tentang menu dsb, memang serius lah nak bagi penulis kawen nie. 

Dalam penulis nervous gilerr-gilerr, dapat sms dari si dia ckp ''I heard that you're going home suddenly because of ada orang datang rumah bincang pasal kawen kita".  He seems so happy. Then I was like, shittttt... n reply 'kenapa tak bincang dulu, you know I don't like surprises. Tak nak kawen!"  Then he annoyed me with some questions like 'kenapa??" "adakah sebab...", "tell me why".  Bertubi-tubi sms penulis terima tapi tak dihiraukan langsung, apa yang penting planning diorang mesti dihentikan. So, penulis datang menuju ke hadapan my family and his wakil, cakap kitorang dua tak nak kawen, so tak payah nak rancang apa-apa. Just stop it here ! Sempat lagi tanya kat bapak, kenapa setuju dan beria-ia dengan planning nie. Where did you get this idea?? Sebab takut tak mampu untuk menyara diri ini?? Bertubi-tubi juga soalan ditanya dengan kasar tanpa rasa hormat sebab marah sangat-sangat. 

So lepas tue kitorang tak lah jadi kawen sebab penulis suruh wakil dia blah and stop all of this crap. Mesej si dia pun penulis tak balas langsung. Then early morning at campus, mak dia datang jumpa and cakap 'There's someone wanna meet you, and I think you guys need to talk". Kira macam tue lah, gilerr lah mak dia baik.. Penulis pegi jumpa dia and nampak muka dia sangat-sangat frust. Dalam frust-frust tue dia tanya 'Why didnt you reply my text? We need to talk bout yesterday. Explain". Then penulis pun explain berjela-jela bahawasanya diri ini tidak bersedia langsung, apatah lagi keduanya masih study, masih mau enjoy, dsb... Tapi yang paling sweet kan, dia tanya lagi 'Kenapa tak bersedia? Lambat laun pun kawen jugak, kenapa tak sekarang?" Aduhh... cairrrr hati beb.. gilerr lah. 

Then, mimpi nie sampai kat situ jerr sebab penulis dah terbangun dari tidur petang yang lena ~~ HAHA. Penulis pun dengan rasa nervous sebab mimpi dipinang orang, call terus dengan Mr. Boyfriend nak citerr sikett pasal mimpi tue.  Memang nervous gilerr lah, apatah lagi disuruh berkahwin dengan orang yang tak kita sayang. 

Walau apa pun, penulis masih ingat bau perfume si dia yang menjadi misteri ~ Semoga kita bertemu pada masa akan datang, and kalau ada jodoh apa salahnya. :)  

Sekian entry kali ini, terima kasih kerana membaca.

Wednesday, 24 October 2012

Kerana Aku Seorang Insan Biasa

Terperangkap dalam dua perasaan yang sukar untuk diungkap, apatah lagi untuk digambarkan. Terperangkap dalam masalah yang timbul dari keputusan sendiri, keputusan yang dibuat dengan terburu-buru dan berbaur emosi tanpa berfikir panjang tentang natijah yang bakal terjadi. Sesungguhnya, semua itu khilaf saya yang mungkin disengajakan, yang telah diduga penghujung dan bagaimana kesudahannya. Padah menimpa diri, beribu sesalan pun takkan dapat menjernihkan kembali keadaan, mengembalikan masa yang telah berlalu, memperbaiki apa yang tidak sepatutnya terjadi antara kita. Tapi, diri ini tidak pernah disoal, tidak pernah diberi peluang untuk menjelaskan segala persoalan yang menjadi tanda tanya. Walau apa pun, diri ini bersyukur kerana diberi kesempatan mengenali insan-insan istimewa ini walaupun seketika cuma. Terima kasih untuk semuanya. Maafkan segala salah dan silap saya.  Aku seorang insan biasa ~~

Monday, 22 October 2012

Wanna Know Sumthing?



She didn't stop loving you. She just decided to stop showing it, because no matter how much she tried you just wouldn't get it :(  But sometimes you treated her so special which simple made her over-fall and misunderstood that you guys are likely to be more than a friend. You get her confused for many times. You such a nice, maybe that's her fault for falling into you for once until now. If it was a trick, a bet, a gamble or something, then you've succeed in that way. Congratulation, you won. 

Monday, 24 September 2012

A Chance



Sometimes even though you're having a good time, you can't help but stop and think about how much you miss the old times.  Give me a chance, and I'll fix everything, to catch back the moments that I missed, to sit back and figure out how I feel bout us.

 I know that, I just can't stand there thinking, 'IF ONLY', or I can go and take charge and change it.  Now, I realised that; sometimes to get what you want the most, you have to do what you want the least.

Only if I given a chance, then I'll fix it.