FAITH, HOPE AND LOVE
Welcome ! Thanks for your visit. Feel free to leave a comment :)

Sunday, 1 April 2012

Berfikiran Positif, Ubah Cara Pemikiran

Sering kali apabila diuji dengan dugaan dan cabaran, kita bertanya kepada diri, apakah hikmah di sebalik semua itu?  Terlalu berat kepayahan dan penderitaan yang ditanggung sehingga kita putus harapan.  Tanpa kita sedari semuanya telah direncanakan oleh Tuhan, dan pastinya ada yang terbaik buat kita.  Cuma sinar cahayanya belum dapat kita lihat pada masa itu.

"Ubah cara pemikiran kamu dan kamu akan mengubah dunia kamu."
Apabila menghadapi masa-masa sukar, kejadian dan keputusan hidup yang mendukacitakan, ataupun apabila gagal mencapai matlamat yang kita cuba capai, ulang balik semula kata-kata mutiara ini di dalam kepala, dan mengambil tindakan fizikal bagi mengubah nasib diri kita sendiri ke arah yang lebih positif.

Walaupun sepanjang pengajian di kampus tercinta ini saya melalui beberapa cabaran yang tidak diduga, namun saya masih mampu bertenang, sabar dan bermula semula.  Selepas mengambil masa bagi betul-betul memikirkannya, saya menyedari kejayaan tersebut adalah bermula daripada sikap kita sendiri dan juga cara kita berfikir..

Menemui hikmah dalam setiap awan hitam yang hinggap dalam hidup merupakan cara bagi menenangkan dan menyelamatkan kewarasan diri.  Sifat tidak takut bekerja keras perlu ada, selain dari sifat ingin tahu dan sentiasa dapat melihat hikmah dalam setiap perkara.  Mempelajari perkara-perkara baru, meneroka bidang-bidang baru yang memang kita tidak tahu-menahu langsung itu adalah antara perkara yang paling menyeronokkan dalam hidup ini.

Sesetengah orang memang kelihatan seperti kebal dan tidak berasa apa-apa apabila bencana menimpa dan ada juga orang yang dapat menghadapi segala perkara negatif yang dilemparkan kepadanya tanpa rasa terluka.  Apabila kita mampu menahan diri kita daripada rasa bersedih, kecewa atau stress dengan lebih baik, kita menjadi lebih berjaya dari segi peribadi dan profesional.

Mereka yang mampu mencari sisi positif dalam satu-satu  perkara adalah lebih bijak, dan mampu melakukan hubung kait kognitif dengan lebih baik.  Mereka mampu menyelesaikan masalah dengan lebih pantas dan baik.  

"Apa yang penting ialah berpegang kepada sifat penyabar, sifat bersyukur, hormat, tawakal dan keimanan. " 
Sekadar berkongsi.  God bless us.

Sekian.

2 comments:

  1. Replies
    1. Haha. Bguslah. Try it out. Tp bc ka manusia sepositif nyk ka?

      Delete