FAITH, HOPE AND LOVE
Welcome ! Thanks for your visit. Feel free to leave a comment :)

Friday, 20 April 2012



PROGRAM BINA INSAN GURU FASA I PISMP AMBILAN JANUARI 2012
IPG KAMPUS RAJANG




Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 bagi PISMP Ambilan Januari 2012 ini telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum IPG Kampus Rajang pada 17 April hingga 20 April 2012.  Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini telah memberikan satu kenangan yang cukup manis dan tidak ternilai kepada kesemua pelajar PISMP Ambilan Januari 2012.  'Kasih Sayang' merupakan lagu tema yang telah dipilih oleh pihak penganjur program yang membawa seribu satu pengertian buat para peserta. 

Ini merupakan kali pertama ketiga-tiga buah kumpulan, iaitu PISMP BM1, PISMP BM2, PISMP PSV digabungkan di bawah satu aktiviti luar.  Program ini semestinya telah memberikan kami peluang untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam, di samping memupuk semangat kekitaan dalam kalangan kami semua.  

Namun, ianya memberi makna dan pengertian yang lebih luas dan mendalam buat diri ini.  Di samping mengutip pengalaman pahit manis, mempelajari ilmu yang berguna serta melakukan perkara yang belum pernah dilalui sebelumnya, tapi apa paling penting adalah erti nilai persahabatan yang terbina dan juga peluang yang diberikan untuk mengenali orang lain dengan lebih dekat. Perkara ini telah banyak mengubah pemikiran dan pandangan yang sedia ada terhadap orang-orang di sekitar, sekaligus merapatkan hubungan dan memadamkan segala persepsi negatif. Program ini juga memberi peluang untuk memperbaiki diri dengan adanya ruang untuk muhasabah diri, mempelajari perkara-perkara baru, meneroka kelemahan diri dan melihat kekuatan yang terdapat pada orang lain.  More than words to describe.  At the end of the day, I praised Lord whom with His bless and wills, the programme was succeed. And we had lots of fun together ! We play, we learn and we grow together. 

Whatever it is, life is just one of those things that you take as it comes.  It might be good to you one day, bad the other, but you love it, cherish it.  Realizing how blessed we are. 



Kasih Sayang

Kasih sayang, 
Terlalu indah untuk dikenang
Selamanya, 
Takkan pernah kau buang..

Kasih sayang,
Tiada pernah kenal usia..
Tua muda akan menikmatinya..


Namun jangan engkau lupa,
Akan ertinya masa nanti,
Engkau akan menderita,
Jika terlena rasa cinta..


Kasih sayang,
Terlalu pahit dan menyakitkan, 
Dan membuat remaja patah hati..
Dan membuat remaja patah hati..






1 comment: