FAITH, HOPE AND LOVE
Welcome ! Thanks for your visit. Feel free to leave a comment :)

Tuesday, 8 May 2012

Di Malam Yang Skema Itu





Pada malam yang penuh keberkatan ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Tuhan Yang Maha Esa, maha pengasih lagi penyayang atas segala yang saya miliki.  Sesungguhnya saya merupakan antara individu yang sangat bertuah kerana dikurniakan insan-insan yang sememangnya menyayangi diri ini.  

Terima kasih buat keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa membantu, memberi dorongan dan semangat. Sesungguhnya saya menyayangi kalian semua.  Terima kasih kerana sentiasa memberi diri ini harapan baru tatkala semuanya kelihatan kabur, tak jelas dan tak pasti.  Terima kasih kerana sentiasa memberi kepercayaan kepada diri ini tatkala yang lain merasa ragu dan kurang yakin.  Terima kasih kerana sentiasa berusaha menjadi penghibur tika duka, stress dan sebagainya.  Sudah berapa kali diri ini tewas dalam melayani perasaan sendiri, hilang punca, down, depressed.  The many number of times I broke down from stress and all those days of doubting myself.  Thanks for guiding me, for teaching me things I didn't understand, for the support and simply for being the best bunch of friends anyone could ever ask for. Especially for my girls (room mate, aunties, sister) who stuck by me during my darkest days, lighting up the dark room with a candle no matter how many times the wind kept blowing the flame out.

Dengan ini, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan mengenepikan perkara-perkara lain yang boleh membuatkan diri ini lalai akan tanggungjawab dan keutamaan.  Pada malam ini juga saya telah mendeactivekan akaun Facebook kerana sesungguhnya saya telah membazir terlalu banyak waktu dengan laman-laman sosial sedemikian.  Ianya adalah untuk sementara sehingga peperiksaan semester ini selesai dan saya berharap saya mampu melawan godaan demi godaan untuk mengaktifkan semula akaun tersebut dalam jangka masa yang telah ditetapkan.  Pada mulanya saya ingin meminta pertolongan dari orang lain untuk memegang password akaun tersebut, namun oleh kerana saya jenis yang tidak percaya sangat kepada orang lain, jadi saya batalkan saja niat itu.  Sesungguhnya tidak ada alasan lagi untuk saya tidak mengulangkaji sekarang.

When it comes to love life, I'm the one who always failed. Failed to love, failed to put trust on others, failed towards commitments, failed to answer.  Saya percaya jodoh itu letaknya di tangan Tuhan dan segala perancanganNya adalah yang terbaik.  He must got a reason for everything that He did.  Tatkala diri ini terlalu leka, maka hubungan itu Dia putuskan agar dapat kembali kepadaNya.  And now, I'm in love.  Hopefully with this new relationship will able to strengthen our faith in Him, to love Him above all others.  And may this relationship bring myself to a new and a better direction as a Christian.  And hopefully, this love will strengthen the belief to Thee.   Semoga cinta yang baru dipupuk ini menguatkan kepercayaan kepadaMu sang Tuhan, dan dengan cinta tersebut, diri ini berjanji akan membaiki segala kelemahan yang ada pada diri ini. 

Kepada ibu bapa tersayang, sesungguhnya saya merupakan anak yang baik dan mendengar kata :P.  Percayalah..

No comments:

Post a Comment