FAITH, HOPE AND LOVE
Welcome ! Thanks for your visit. Feel free to leave a comment :)

Wednesday, 24 October 2012

Kerana Aku Seorang Insan Biasa

Terperangkap dalam dua perasaan yang sukar untuk diungkap, apatah lagi untuk digambarkan. Terperangkap dalam masalah yang timbul dari keputusan sendiri, keputusan yang dibuat dengan terburu-buru dan berbaur emosi tanpa berfikir panjang tentang natijah yang bakal terjadi. Sesungguhnya, semua itu khilaf saya yang mungkin disengajakan, yang telah diduga penghujung dan bagaimana kesudahannya. Padah menimpa diri, beribu sesalan pun takkan dapat menjernihkan kembali keadaan, mengembalikan masa yang telah berlalu, memperbaiki apa yang tidak sepatutnya terjadi antara kita. Tapi, diri ini tidak pernah disoal, tidak pernah diberi peluang untuk menjelaskan segala persoalan yang menjadi tanda tanya. Walau apa pun, diri ini bersyukur kerana diberi kesempatan mengenali insan-insan istimewa ini walaupun seketika cuma. Terima kasih untuk semuanya. Maafkan segala salah dan silap saya.  Aku seorang insan biasa ~~

No comments:

Post a Comment