FAITH, HOPE AND LOVE
Welcome ! Thanks for your visit. Feel free to leave a comment :)

Thursday, 17 October 2013

Sekadar Omelan Kosong

Untuk berjaya penampilan perlu sempurna barulah diikuti yang lain.   Bukan sekadar kemas dan bersih, tubuh perlu cantik, dada bidang, berotot pejal, atau kurus melidi bercelana sendat umpama kaki belalang dengan wajah cengkung umpama jerangkung.  Malah perlu peka dengan aliran masa kini agar dihormati, diterima di dalam Facebook, dan bidang kerjaya memerlukan penampilan glamor.  Adakah anda juga berfikiran sebegitu?  Lucunya manusia sebegini, selalunya akan lekas kaget atau hilang keyakinan diri tatkala ada terkurang pada diri.  Bersosial atau bersembang di majlis misalnya, jangan haraplah mahu menegur sapa mesra tetamu yang lain, masing-masing sibuk melayan resah, segan dan gugup dengan memandang skrin BB, Tab, (you name it).  Biarlah, mungkin itu cara mereka.  Siapa saya untuk menilai.

Sentuh pula pasal lelaki.  Sekarang mereka sibuk bina badan, main itu main ini.  Pmpuan pula tak kurang hebatnya, berpusu-pusu ke gim atau mana-mana pusat kesihatan.  Khalayak rasa inilah ruang untuk mereka mengeluarkan peluh, endorfin dan bersosial dengan rakan sealiran.  Ia juga dapat memberi imej yang sihat kepada merekan yang 'mahu dilihat' ke pusat-pusat sebegini agar tidak ketinggalan daripada aliran semasa. Justeru, melambak-lambak kasut sukan di pasaran, beratus-ratus harga namun masih juga dibeli meski poket hampir kering kemudian. Semuanya angkara suka berlumba-lumba, badan siapa paling kekar, gaya siapa paling 'in'.  Mungkin inilah lelaki zaman sekarang.  Di fikiran dan  kehendaknya juga mahu hebat bak ayam jantan yang berbulu lebat merah menyala.  Jalan mendabik dada menunjukkannya kepada si dara.  Itupun kalau dara, kalau bini orang macam mana?  Ada yang lakukan demi kesihatan.  Biar apa pun caranya, jangan sampai memudaratkan diri, keterlalun hingga besar seperti roti atau melengkung seperti jerangkung.  Berpada-padalah kerana sederhana itulah jalan selamat untuk kita.