FAITH, HOPE AND LOVE
Welcome ! Thanks for your visit. Feel free to leave a comment :)

Wednesday, 26 March 2014

Good night, MH370.

MH370 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri berakhir penerbangannya di koridor selatan Lautan Hindi beberapa hari yang lalu begitu menggemparkan.  Masakan tidak, ribuan ahli keluarga dan sanak saudara yang menunggu kepulangan para penumpang dan anak kapal, belum lagi ditambah dengan harapan serta doa sekalian rakyat di seluruh negara, termasuklah rakyat-rakyat di negara lain.  Misteri kehilangan pesawat ini terjawab akhirnya dengan beberapa penemuan objek tertentu di lautan yang tidak bertepian ini. Walau apa pun, ketentuan Tuhan harus kita terima.

Kehilangan pesawat ini banyak mengajar kita tentang bermacam perkara.  Jangan kita nafikan bahawa belum pernah melihat post-post2, status2 tertentu di laman sesawang yang mengutuk2 negara lain.  Bohong. Sampaikan pernah saya terbaca ada segelintir individu yang mengajak supaya tidak menjamu selera di McD, KFC dan bagai kerana restoran2 tersebut kepunyaan orang yahudi.  Ada yg mencemuh2 orang barat kerana budaya kuningnya, negara jiran sebagai tempat maksiat dan sarang pelacuran.  Namun, apa yang kita lihat pada beberapa hari sepanjang tempoh SAR MH370, ramai pihak menghulur bantuan dek kerana negara kita tidak mempunyai peralatan canggih tertentu untuk mengesan pesawat berkenaan.  Pihak dari negara manakah itu?  Ada diantaranya pihak2 yang pernah kita hina, kita cemuh.

Apa yang songsang itu, yang tak elok bagai, baik kita jadikan sempadan.  Tapi apa yang baik, yang molek dan cantik itu pantas kita jadikan tauladan dan ingatan sepanjang zaman.  Semoga pengajaran kita peroleh dan tidak mengulanginya di hari muka.  Peristiwa sebegini tidak dapat kita elak, kuasa Tuhan tidak dapat kita tanding.  Namun, usaha boleh kita pelbagaikan. Misalnya, wujudknan peralatan canggih setaraf dengan negara yang pernah membantu kita, usahakan tenaga kerja pakar dan mahir pelbagai bidang.  Banyakkkkkk lagiiii.

Apa pun muhasabah diri. Good night, MH370.